Friday, February 20, 2009

Internet siar wajah bengkak Rihanna..





WAJAH glamor Rihanna (kiri) dan kecederaan yang ditunjukkan di laman web selebriti.
Penyanyi tersohor cedera dibelasah kekasih

LOS ANGELES: Sekeping gambar yang menunjukkan wajah penyanyi Rihanna yang lebam, luka dan bengkak dipercayai akibat diserang teman lelakinya yang juga penyanyi, Chris Brown disiarkan di internet oleh laman web selebriti, TMZ kelmarin.

Gambar itu menunjukkan kesan lebam di dahi, kening dan bibir bengkak penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah muzik itu.

Namun, TMZ tidak menyebut bagaimana mereka mendapatkan gambar itu atau daripada siapa.

Ditanya mengenai ketulenan gambar terbabit, jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Jason Lee, berkata polis tidak mendedahkan gambar wanita yang mendakwa dipukul Brown itu.

Jurucakap Peguam Los Angeles pula berkata, semua bukti berkaitan kes membabitkan Brown itu masih dipegang polis.

4 comments:

  1. nooOoo.
    my chris brown takkan buat camni punya.
    nooOooOoo..

    ReplyDelete
  2. yes diana..
    he did..
    i'm just shocked when read dis article..
    die jahat la aku rase..

    ReplyDelete
  3. aduihh freaking dahsyat laa.
    terima kenyataan la diana

    ReplyDelete
  4. duhh , teruk gila smpai mcm ni . haih

    dhla aku super minat kt chris brown , agk unbelievable plak dah dye bwat cmni . huu

    ReplyDelete